KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM
TAJUK:
AMALAN GOTONG ROYONG MEWUJUDKAN HUBUNGAN SILATURRAHIM DALAM KALANGAN KAUM
NO
|
NAMA
|
NO.MATRIK
|
1
|
MUHAMMAD SYAFIQ BIN SUHAIMI
|
02DEP15F1080
|
2
|
MUHAMMAD SAFIE BIN SIJAMSIR
|
02DEP15F1067
|
3
|
MUHAMAD SYAFIQ BIN MUSTAFA
|
02DEP15F1040
|
4
|
MUHAMAD AZRUL BIN ISHAK
|
02DEP15F1006
|
PENYELIA KURSUS:
NURUL FUADDI BINTI SULAIMAN
PENDAHULUAN
Amalan gotong-royong merupakan suatu tradisi yang diwarisi daripada nenek moyang kita. Bergotong-royong bermaksud melakukan sesuatu pekerjaan secara beramai-ramai dan secara sukarela. Pada zaman dahulu kala, semangat gotong-royong amatlah kental. Seluruh masyarakat kampung akan menghulurkan pertolongan, tidak kira sama ada kematian, kenduri-kendara, musim menanam dan menuai atau semasa mendirikan rumah. Namun, semangat gotong-royong dikatakan kian luntur selaras dengan perubahan waktu. Salah satu sebabnya dikaitkan dengan masyarakat kini yang lebih bersifat materialistik. Pada zaman nenek moyang kita, sesuatu kerja dapat dilakukan secara bersama dan bermuafakat tanpa mengira perhitungan upah atau kekangan tetapi pada zaman moden kini, setiap sesuatu pekerjaan, usaha dan kegiatan dikaitkan dengan konsep upah.
Masyarakat moden sentiasa mengejar kemajuan. Kemajuan pula dikaitkan dengan kebendaan. Umumnya aspek kerjasama dan semangat gotong-royong tidak mendapat perhatian daripada masyarakat kini atas alasan ketiadaan masa kerana sibuk dengan kerja.
OBJEKTIF KAJIAN
- · Memberi kesedaran tentang kepentingan gotong-royong di antara kaum.
- · Menerapkan semangat gotong-royong di antara kaum untuk mengeratkan
silaturrahim.
PETIKAN
Hendaknya kita menyambung hubungan silaturahim dengan kerabat dan orang lain dengan bijak. Baik dengan harta ataupun dengan pelayanan dan dengan berbagai bentuk silaturahim yang mengantarkan kita untuk taat dan terhindar dari perbuatan maksiat sehingga kita akan dikenang nilai kebaikan meskipun kita telah meninggal dunia, sebab orang yang dikenang kebaikannya oleh manusia setelah meninggal dunia merupakan umur kedua setelah kematiannya.
GOTONG ROYONG DAPAT MEWUJUDKAN HUBUNGAN SILATURRAHIM DALAM KALANGAN KAUM
Isu perpaduan kaum merupakan satu usaha berterusan yang perlu dipikul dan dijunjung bersama-sama oleh semua pihak. Sekiranya terlerai ikatan silaturahim dan musnah perpaduan dalam masyarakat, nescaya pelbagai impak negatif akan menimpa masyarakat khususnya dan negara amnya. Oleh sebab itu, pelbagai usaha perlu diambil bagi memupuk dan membaja agar perpaduan terus subur dan mewangi dalam kehidupan masyarakat sekali gus mengelakkan peristiwa hitam 13 Mei 1969 daripada berulang kembali.
Antara usaha yang boleh dilakukan dalam untuk mewujudkan perpaduan dalam kalangan masyarakat adalah dengan mengadakan aktiviti gotong-royong. Aktiviti gotong-royong merupakan saluran dan peluang kepada masyarakat di sesuatu kawasan perumahan untuk bertemu dan mengenali antara satu sama lain. Di samping itu, aktiviti ini dapat memupuk semangat bekerjasama untuk membersihkan dan mengindahkan kawasan persekitaran tempat kediaman mereka. Sebagai contoh, aktiviti gotong-royong yang boleh dijalankan ialah kerja-kerja membersihkan kawasan perumahan, taman permainan, tanah perkuburan dan sebagainya. Gotong-royong juga dapat meringankan serta memudahkan kerja yang sukar dilakukan, ibarat kata peribahasa “yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing serta ke bukit sama di daki, ke lurah sama dituruni”.
Gotong-royong dapat merapatkan ahli masyarakat kepada nilai-nilai murni yang suci. Rasa kekitaan, rasa prihatin, dan penyayang sesama individu dalam masyarakat akan membantu hasrat kerajaan untuk negara mara lebih ke depan dalam era globalisasi ini malah memartabatkan konsep Islam sendiri. Ini berdasarkan kesan positif gotong-royong yang sebenarnya membantu menangani gejala-gejala buruk dalam masyarakat seperti penagihan dadah dan kecurian, lebih-lebih lagi gotong-royong melibatkan penglibatan menyeluruh ahli masyarakat. Konsep gotong-royong merupakan satu konsep yang dianggap unsur terpenting dalam kebudayaan masyarakat kita sejak dahulu. Semua pihak memahami kepentingan amalan ini diamalkan terutama ketika kegawatan ekonomi melanda sesebuah negara itu. Amalan yang sudah begitu lama tertanam dalam naluri masyarakat kita mula dilupakan terutama oleh kalangan remaja kita.
Kebaikan mengamalkan amalan gotong-royong atau bekerjasama ini dapat mewujudkan semangat positif antara ahli masyarakat terutama untuk memastikan sesuatu tugasan itu mampu dilaksanakan dengan berkesan. Amalan ini memberikan satu semangat kepada masyarakat bahawa tugasan itu walau berat pun akan mampu diselesaikan dengan begitu baik sekali kerana semua pihak menghulurkan bantuan. Keadaan ini menjadikan semua perkara yang dialami oleh masyarakat dapat diatasi dalam masa yang singkat dan mudah sahaja. Jelaslah, amalan ini memberikan satu suntikan baru tentang konsep bekerjasama antara masyarakat terutama di kawasan urbanisasi.
Rasulullah SAW mengatakan dalam H.R Bukhari dan Muslim bahwa “barang siapa yang ingin rezekinya diluaskan dan dipanjangkan umurnya, maka hendaklah menghubungkan tali silaturahim.”
Istilah silaturahim di tengah-tengah masyarakat kita sering diertikan sebagai kegiatan kunjung-mengunjungi, saling bertegur sapa, saling menolong, dan saling berbuat kebaikan. Namun, sesungguhnya bukan itu makna silaturahim sesungguhnya. Silaturahim bukan hanya ditandai dengan saling berbalasan salam tangan atau memohon maaf belaka. Bila mencermati dari asal katanya, yakni shilat atau washl, yang berarti menyambungkan atau menghimpun, dan ar-rahiim yang berarti kasih sayang, maka silaturahim diartikan sebagai menghubungkan kasih sayang antar sesama. Silaturahim juga bermakna menghubungkan mereka yang sebelumnya terputus hubungan atau interaksi, dan memberi kepada orang yang tidak memberi kepada kita. Contohnya adalah ketika ada salah satu pihak yang lebih dulu menyapa saudaranya, sementara sebelumnya interaksi di antara keduanya sedang tidak harmonis, maka dialah yang mendapat pahala lebih besar. Dan juga silaturahim ditandai dengan hubungan dengan hati, yakni keluasan hati.
Sebagaimana yang disebutkan oleh Rasulullah Saw, bahwa beliau bersabda, "Yang disebut bersilaturahim itu bukanlah seseorang yang membalas kunjungan atau pemberian, melainkan bersilaturahmi itu ialah menyambungkan apa yang telah putus" (HR Bukhari).
KESIMPULAN
Kesimpulannya, aktiviti bergotong royong ini amat penting dan perlu dalam mengeratkan hubungan silaturrahim antara kaum. Lebih-lebih lagi serperti negara Malaysia yang mempunyai pelbagai jenis kaum dan etnik yang hidup bersama sejak zaman dahulu kala lagi. Dengan terjalinnya hubungan silaturrahim yang kukuh ini, negara kita akan lebih aman, lebih mengambil berat antara satu sama lain dan perpaduan juga akan menjadi lebih kukuh. Akhir sekali, jelas dan teranglah matlamat pihak kerajaan yang selama ini mengadakan pelbagai aktiviti dan program-program bagi memupuk hubungan silaturrahim antara kaum.Terutamanya program-program bagi pelajar-pelajar yang masih di bangku sekolah lagi.Ini kerana amalan ini perlu disemai sejak dari awal lagi supaya kesannya akan cepat terlihat suatu hari kelak.Sekian terima kasih.
RUJUKAN
- · https://ms.wikipedia.org/wiki/Gotong-royong_di_Malaysia
- · https://www.scribd.com
- · https://www.dakwatuna.com
- · https://www.google.com/search?q=DALIL+TENTANG+SILATURRAHIM
- · blog-amalan.blogspot.com
LAMPIRAN
No comments:
Post a Comment